AC Milan sebagai syarikat A.C._Milan

Menurut The Football Money League yang diterbitkan oleh perunding Deloitte, pada musim 2005–06, Milan merupakan kelab bolasepak kelima dalam senarai kelab dengan keuntungan paling banyak di dunia dengan pendapatan anggaran sebanyak €238.7 juta.[45] Ketika ini kelab itu juga merupakan kelab keenam terkaya di dunia menurut majalah Forbes, menjadikan mereka kelab terkaya dalam bolasepak Itali.[46]

Syarikat perjudian Austria iaitu bwin.com merupakan penaja utama pakaian Milan ketika ini selepas menandatangani perjanjian 4 tahun pada permulaan musim 2006–07 season.[47] Sebelum perjanjian tersebut, pembuat kereta Jerman iaitu Opel telah menaja Milan selama 12 musim. Sepanjang tempoh tersebut, Opel telah dipamerkan di hadapan baju mereka, tetapi pada musim 2004–05 dan 2005–06, Meriva dan Zafira (dua kereta buatan syarikat tersebut) telah dipamerkan.

Jersi ketika ini dibekalkan oleh pembuat barangan sukan Jerman iaitu Adidas, di mana perjanjian akan berjalan sehingga akhir musim 2007–08.[48] Perjanjian tersebut membuatkan Adidas menjadi pembuat rasmi semua pakaian, kelengkapan latihan dan pakaian replika mereka. Sebelum Adidas, syarikat sukan Itali iaitu Lotto merupakan pembuat barangan sukan Milan.

Pada 14 Januari, 2008, AC Milan dan Adidas telah memperbaharui kontrak tajaan tersebut sehingga 30 Jun, 2017. Menurut kontrak baru tersebut, Adidas akan bertanggungjawab dalam 3 bahagian penajaan : tajaan pakaian, barangan dan pengedaran semua produk bukan bolasepak yang berkaitan dengan Milan. [49]